Tuesday, 20 April 2010

Obat oh obat....

Tergerak hati abah nak tulis kat blog aisyah.abah nak tulis pasal obat oh obat! Alhamdulillah, skrg ni, aisyah dah blaja macam-macam..abah dan ummi sentiasa pantau perkembangan aisyah..maklumlah buahati pengarang jantung ni bukan sahaja bijak, lincah, pandai bergaya dan yang seangkatan dengannya.

Aisyah ni, dah makin membesar, makin takut lak ngan ubat-ubat hospital dan klinik. maklumlah tgk rupe ubat pun dah loya tekak. dah kenal dah mana satu ubat mana satu tak..tapi jgn main-main dengannya kalau ubat tu ubat homoepati dr hassan, pkns bangi, sure dia mau punyer..jgn kata satu, lagi banyak lagi mau dia. sbb dia hanya menilai ubat yang dia suke menerusi pandangan matanya. kalau bentuknya tablet, jgn risau, mmg dia nak.

Lagi satu yang abah perasan, sejak aisyah dah kenal ubat gamat (biasanya ubat gamat ni datangnya dari langkawi), mmg dia nak sangat-sangat ubat tu utk dilumurkan kat bahagian luka dia. biasa la budak2 taska, ada yang suka menggigit. aisyah dah biasanya jadi mangsa.maklumlah dia antara yang kecil kat taska..hahaha..tapi abah kagum ngan aisyah ni, dia xda la sampai menangis kalau tunjuk luka tu...tapi tak tau la kat taska macamana...yg tak tahannya,skrg dia mmg dah tau sebut "obat", so kalau ada luka-luka kat badannya, mesti dah mintak "obat"..
dia tau je kat mana abah n ummi simpan obat gamat tu...aduhai...cerah matanya..blh nampak mana yg tersorok..pastu suruh plk bukak obat...tak bukak, mesti nangis-nangis...hahaha, anak abah n ummi ni....

k lah..nanti la abah sambung lagi....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails