Tuesday 13 March 2012

Bila anak tak nak pi taska~~

Situasi macam ni selalu berlaku kat Aisyah sejak akhir-akhir ini.Bila datangnya hari Isnin, mulalah agak liat nak bangun pergi taska.Kebiasaannya saya akan kejutkan dia seawal 6.15/6.30 pagi.Kemudian terus mandikan dia dan hantar pergi ke taska dalam 6.45. Tapi sejak balik bercuti haritu, dia macam susah sangat nak bangun pagi dan menangis-nangis taknak pergi taska.Masa tu memang saya dan en suami rasa macam tak sampai hati sangat nak hantar dia ke taska.
    Pagi tadi Aisyah buat perangai lagi tak nak bangun. En suami terpaksa lah angkat anak dara tu masuk bilik air dan terus mandikan dia.Apalagi, melalak la dia di pagi hari. Memang terasa hiba sangat hati terpaksa buat macam tu kat Aisyah tapi apa daya ummi dan abah, sayang. Kalau ummi ni tak bekerja memang ummi akan jaga Aisyah.Tapi, semuanya kerana mencari rezeki.Bukanlah bermakna ummi tamakkan kemewahan, tapi ummi bekerja untuk sayang Aisyah dan bantu abah jugak kan, sayang.
    Masa dalam perjalanan hantar ke taska, saya tanya Aisyah kenapa dia taknak pergi sekolah.Jawapannya sangat mudah.'kakak nak ummi.'dan saya akan jawab 'ummi kan kena kerja sayang.'Masa tu saya rasa sangat sebak sangat.Lepas tu, dia akan jawab 'ooo..ummi nak cari duit banyak-banyak kan.Nak beli buku, meja, kerusi, katil, mainan kakak kan.'Aduhai anak, kamu sudah memahami sayang. Setiap pagi, dalam perjalanan ke taska, saya akan letakkan tangan ke dada Aisyah dan bacakan dia surah alfatihah, tiga qul, ayat kursi dan doakan kesejahteraan untuknya.Semoga Aisyah sentiasa dikasihi oleh cikgu-cikgu dan kawan-kawannya.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami sekeluarga.

note:Kadang-kadang datang 'mood' nak berhenti kerja bila teringatkan anak..Tapi...demi tuntutan hidup terpaksa batalkan semua hasrat tu.Kita hanya mampu merancang tapi Allah sebaik-baik Perancang jua.

Friday 9 March 2012

KepadaNYA kita kembali..

Bulan lepas saya dikejutkan dengan berita suami kepada seorang sahabat sekolah menengah telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.Besar sungguh dugaan sahabat saya kerana dia mempunyai seorang anak kecil usia dalam 5-6 tahun dan bakal menimang seorang lagi 'baby'.Paling menyedihkan khabar 'baby' baru tu hanya diketahui suaminya sehari sebelum kejadian dan anak kecilnya patah kaki akibat kejadian tersebut. Dan kuasa Allah jua sahabat saya hanya cedera ringan sahaja.MasyaAllah dugaan Allah begitu hebat untuknya.Teresak-esak saya membaca kisahnya di fb, dan saya tidak dapat bayangkan andainya saya yang perlu menanggung semua itu.Namun saya percaya Allah hanya menguji hamba-hambaNYA yang mampu..Semoga ALLAH kuatkan semangatmu Kak Az dan dipermudahkan segala urusan.

~~Daripada DIA kita datang, kepadaNYA kita kembali..Alfatihah buat arwah~~

Thursday 8 March 2012

Ujian dari Allah~~Alhamdulillah...

Minggu lepas, saya diuji dengan sedikit kecederaan di jari.Semenjak insiden itu hingga sekarang masih lagi terasa kesakitannya dan membataskan segala kerja-kerja rumah.Alhamdulillah encik suami ambil alih semua tugas dari memasak hinggalah mengemas rumah.Terima kasih banyak suami, hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan dan kesabaran kamu.Si anak pun seakan mengerti atas keperitan yang umminya alami. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya sekeluarga.

    Semasa di wad kecemasan (tunggu doktor pakar datang check), saya sempat muhasabah diri betapa selama ini saya tidak pernah kurang dari nikmat kurniaanNYA.Hanya sedikit yang Allah uji untuk saya merasa kesakitan pada saat itu. Jauh bedanya dengan saudara-saudara saya yang dilukai dengan teruk sekali oleh orang Yahudi laknatullah. Cukup membuatkan saya menitiskan airmata seketika bukan disebabkan kesakitan yang saya alami tetapi saya rasa bersyukur yang teramat kerana diberi peluang menerima sedikit ujian ini.Alhamdulillah.Semoga Allah mengampunkan dosa saya yang tidak terhitung ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails