Tuesday, 13 March 2012

Bila anak tak nak pi taska~~

Situasi macam ni selalu berlaku kat Aisyah sejak akhir-akhir ini.Bila datangnya hari Isnin, mulalah agak liat nak bangun pergi taska.Kebiasaannya saya akan kejutkan dia seawal 6.15/6.30 pagi.Kemudian terus mandikan dia dan hantar pergi ke taska dalam 6.45. Tapi sejak balik bercuti haritu, dia macam susah sangat nak bangun pagi dan menangis-nangis taknak pergi taska.Masa tu memang saya dan en suami rasa macam tak sampai hati sangat nak hantar dia ke taska.
    Pagi tadi Aisyah buat perangai lagi tak nak bangun. En suami terpaksa lah angkat anak dara tu masuk bilik air dan terus mandikan dia.Apalagi, melalak la dia di pagi hari. Memang terasa hiba sangat hati terpaksa buat macam tu kat Aisyah tapi apa daya ummi dan abah, sayang. Kalau ummi ni tak bekerja memang ummi akan jaga Aisyah.Tapi, semuanya kerana mencari rezeki.Bukanlah bermakna ummi tamakkan kemewahan, tapi ummi bekerja untuk sayang Aisyah dan bantu abah jugak kan, sayang.
    Masa dalam perjalanan hantar ke taska, saya tanya Aisyah kenapa dia taknak pergi sekolah.Jawapannya sangat mudah.'kakak nak ummi.'dan saya akan jawab 'ummi kan kena kerja sayang.'Masa tu saya rasa sangat sebak sangat.Lepas tu, dia akan jawab 'ooo..ummi nak cari duit banyak-banyak kan.Nak beli buku, meja, kerusi, katil, mainan kakak kan.'Aduhai anak, kamu sudah memahami sayang. Setiap pagi, dalam perjalanan ke taska, saya akan letakkan tangan ke dada Aisyah dan bacakan dia surah alfatihah, tiga qul, ayat kursi dan doakan kesejahteraan untuknya.Semoga Aisyah sentiasa dikasihi oleh cikgu-cikgu dan kawan-kawannya.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami sekeluarga.

note:Kadang-kadang datang 'mood' nak berhenti kerja bila teringatkan anak..Tapi...demi tuntutan hidup terpaksa batalkan semua hasrat tu.Kita hanya mampu merancang tapi Allah sebaik-baik Perancang jua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails