DUA PERKARA KEBIASAAN YANG MEMBUATKAN KITA TAK
BERSYUKUR.
1) KEINGINAN UNTUK KAYA
Katakanlah saudara/ri telah memiliki sebuah rumah, kenderaan,
pekerjaan tetap, gaji besar (13% kenaikan) dan pasangan yang cantik . Tetapi
anda masih merasa kurang. Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan.
Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan indah, kereta mewah, gaji lebih
banyak, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang.
Kita ingin ini dan itu. Bila tak berjaya mendapatkannya kita
terus memikirkannya. Tapi anehnya, walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya
menikmati kesenangan sesaat.Kita tetap juga tidak puas, kita ingin yang lebih
lagi. Jadi, betapa banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi
“KAYA” dalam erti yang sebenarnya.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang ”kaya”.
Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang memiliki banyak perkara, tetapi orang yang
dapat menikmati segala perkara yang mereka miliki. Kita boleh memiliki
keinginan, tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan tidak
tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini dengan berfokuskan pada apa yang
sudah kita miliki.
Cubalah lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang
miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan nikmatnya hidup.Pusatkanlah
perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar
Anda. Mereka akan menjadi lebih menyenangkan. Seorang pengarang pernah
mengatakan, ”Menikahlah dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah
orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa SYUKUR.
Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang mengeluh
kerana tidak dapat membeli selipar, padahal seliparnya sudah lama rosak. Suatu
petang dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria. Saat
itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.
2) KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN
ORANG LAIN.
Kita merasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi,
selalu ada orang yang lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih percaya
diri, dan lebih kaya dari kita. Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih
hijau dari rumput di pekarangan rumah sendiri.
Ada cerita menarik mengenai dua orang penghuni ospital sakit
jiwa. Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.”
Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah yang dihadapi orang ini.
Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh
Lulu.”
Pengunjung meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad
lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus memukul kepalanya di tembok
dan berteriak, ”Lulu, Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan Lulu? ”
tanyanya kehairanan. Doktor kemudian menjawab, ”Ya, dialah yang akhirnya menikah
dengan Lulu.” Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita
miliki. Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.
Mengakhiri tulisan ini dengan cerita mengenai seorang ibu
yang sedang terapung di laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia.
Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab, ”Saya mempunyai dua anak lelaki.
Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di tanah seberang. Kalau berhasil
selamat, saya sangat bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua saya.
Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya juga akan berbahagia kerana saya akan
berjumpa dengan anak pertama saya di syurga.”
Oleh itu, mari kita sama-sama menjadi umat yang berSYUKUR
atas nikmat yang ALLAH S.W.T berikan kepada kita. Kesimpulan dari artikel di
atas adalah kita telah dikawal oleh NAFSU atau dalam kata lain NAFSU MENGUASAI
DIRI. Betullah kata pepatah “IKUT RASA BINASA, IKUT HATI(NAFSU) MATI”.
Wallahualam.
1 comment:
betul tu..apa y pting syukuri dgn nikmat y diberikan
Post a Comment