Friday 9 March 2012

KepadaNYA kita kembali..

Bulan lepas saya dikejutkan dengan berita suami kepada seorang sahabat sekolah menengah telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.Besar sungguh dugaan sahabat saya kerana dia mempunyai seorang anak kecil usia dalam 5-6 tahun dan bakal menimang seorang lagi 'baby'.Paling menyedihkan khabar 'baby' baru tu hanya diketahui suaminya sehari sebelum kejadian dan anak kecilnya patah kaki akibat kejadian tersebut. Dan kuasa Allah jua sahabat saya hanya cedera ringan sahaja.MasyaAllah dugaan Allah begitu hebat untuknya.Teresak-esak saya membaca kisahnya di fb, dan saya tidak dapat bayangkan andainya saya yang perlu menanggung semua itu.Namun saya percaya Allah hanya menguji hamba-hambaNYA yang mampu..Semoga ALLAH kuatkan semangatmu Kak Az dan dipermudahkan segala urusan.

~~Daripada DIA kita datang, kepadaNYA kita kembali..Alfatihah buat arwah~~

2 comments:

[leily.laily] said...

Alfatihah & salam takziah..
sedih mendgrnya.. xleh byg kalo sy duk tempat die,
nauzubillah...

apepun, semoga arwah tenang di sana, amin!!

Ummi Aisyah || Cik Yah said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails