Sunday, 27 March 2011

Sembang malam~~

Satu malam tu, saya tengah melayan Aisyah berceloteh..habit anak dara ni, telek muka umminya..kalau ader benda asing kat muka saya cepat aje mulutnya bertanya apa ni..apa ni.. dialog yang buat saya nak tersenyum jer smp arini..

Aisyah: Ape ni ummi?? (sambil tunjuk kat muka saya)
Saya: Tahi lalat (saya ni memng ratu tahi lalat.sekolah.dulu pernah digelar shrifah aini hihi..)  
Aisyah: ooo..ni ape ummi??(tunjuk kat muka gak --area lain lak) 
Saya: Tahi lalat..
  
soklan yang sama dia tanya  berulang kali.. n at last

dia boleh cakap camni..."eee....banyaknya tahi..."sambil buat muka geli~~hahah...saya sakit perut tahan gelak...adeeeihhh budak kecik ni boleh plak dia berimaginasi benda lain...

moral: berhati2 bila cakap ngan budak2 kecik ni..wording yang saya guna tu kureng sesuwai untuk dorang lagi kan..hihi..

Tuesday, 22 March 2011

Syabas ADIK-ADIKKU~~~~~

Malam tadi saya sempat menonton final rancangan Adik-adikku dengan Aisyah..si abah tengok separuh n lepas tu terus berlayar :P..Kagum n sangat teruja bila tengok begitu konfiden adik-adik cumel ni berpidato..sangat petah dan memng bijak..sejuk perut ibu yang mengandung n ayah yang mendidik mereka hingga ke peringkat itu..

Saya sanggup tunggu hingga pukul 12 nak tengok pemenangnya..NAsib baik ada anak dara yang sama-sama temankan saya hihi..budak kecik tu pon mulutnya boleh tahan asyik dok bertanya aje bila tengok saya tergelak je time adik- adik ni berpidato..complete...juara nya memng serba boleh..

Tetiba saya teringat zaman saya sekolah rendah dulu......pernah jugak saya wakili daerah dalam pertandingan bahas..sangat indah memori tu, tapi saya taklah sepetah adik-adik ni...hihi...masih teringat2 akan skrip bahas saya dulu...semuanya hasil tunjuk ajar my teacher yang sangat disayangi..Cikgu Siti Anum..Terima kasih cikgu....

Nur Aisyah Nabihah...moga dirimu  menjadi  kebanggaan ummi dan abah dan sentiasa dirahmati olehNYA...ameenn........

Sunday, 20 March 2011

Aisyah's Art

fish versi Aisyah
Sangat hepi melihat perkembangan Aisyah sekarang...Syukur Alhamdulillah..Nampak sangat anak dara kami ni mewarisi bakat seni abahnya...kalau ikut bakat seni umminya, hihi...lain plak yang jadiknya..:P

Thursday, 17 March 2011

Potty Training~~

Sabtu lepas, saya try potty training untk anak dara kami..

Step 1:Bila dah siap mandi, macam biasa Aisyah akan pakai baju n seluar sidiri..tapi Aisyah agak musykil bila saya soh dia terus pakai seluar tanpa pakai daipers..hihi..muka Aisyah agak cuak masa tu..saya cakap takyah pakai daipers arini, pakai seluar n baju jer..emm nasib baik si kecik ni menurut kata walaupun dahinya berkerut2 tanda masih konfius..dah siap pakai semua, Aisyah asik tanya ape ni? berulang2 kali sambil pegang bon*** hihi..comel jer dengar soklan dia..ummi nya kena la bijak menjawab time ni..penat gak nak explain kat budak umur 2 tahun 7 bulan ni hiihi...

Step 2: Setiap 15 minit saya akan tanya, Aisyah nak kencing or uk2 cakap yek..'ok2 ummi'..wah2 kan main lagi dia menjawab..

Step 3: Dah masuk tengahari still lagi belum kencing, risau gak saya dibuatnya anak dara ni dok menahan je kan..so saya cakap 'Aisyah, jom masuk bilik air'. Apalagi cepat ajer dia bukak seluar. Pahtu boleh plak dia mintak air..'minum air jap, ummi'..aduhai..ikut ajer la..masuk dapor dengan tak berseluarnya..sedang elok minum air boleh plak dia cakap 'ummi..dah yak'~~kencing~~ huhu..FAIL!!

Percubaan pertama tak berjaya..ingat nak try lagi sekali esoknya..tapi ummi n abahnya lak sibuk nak kluar hihi..ingat weekend ni nak try lagi..USAHA tangga kejayaan kan!!

Monday, 14 March 2011

5 S

Esok, opis saya ada gotong-royong sempena lawatan QES or 5S..siap sume angkat cangkul n kita tebas semak samun yang ada..hihi..meja opis sape yang bersawang tu siap sedia la yek..me???InsyaAllah..ditanggung beres..lupa lak nak bawak camera bukti pernah dapat meja contoh hihi..

Friday, 11 March 2011

Plan yang tak jadik

Sepatutnya malam ni kami satu famili akan bertolak ke TRG..tapi dukacita terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu..Tujuan asal nk p kenduri kawin kawan opis n tambahan tujuan lelain (aktiviti lawatan ke pasar payang n ke rumah mertuaku)..ada hikmah di sebaliknya kan!!jangan sedih2 okay!!..esok ada jemputan ke besday kawan Aisyah, anak dara saya si Danish..tak dapat ke TRG ke Cyberjaya pon okay kan mek CHAH..

Tuesday, 8 March 2011

Batuk + Sesema + Sakit Kepala + Sakit seluruh badan

MAybe penangan event Ahad baru2 ni...HArini baru masuk opis, tengok orang lain menten ajer..huhu..nampak sangat le saya ni koman bebeno..cobaannnn~~~~~~~~

Friday, 4 March 2011

AHAD YANG LUAR BIASA

Pape pun tunggu ape Ahad ni heheheh....tunggggggggguuu

Thursday, 3 March 2011

LUNCH

Harini lunch dengan goreng pisang nangka ajer..bukan diet k saje tekak ni dah lama teringin nk makan pisang goreng nangka..sekali ambik rm3 ko..habis kutelan...Alhamdulillah...susah gak nak cari pisang nangka area cyberjaya ni, tu yang bila jupe terus ubah menu lunch dang dang tu gak hihi...

Wednesday, 2 March 2011

Bila dah suka~~~~~

Ada orang tanya  tak jemu ke asik2 makan lauk yang sama ajer setiap hari...hihi...pada saya kalau dah suka kenapa plak nak jemu kan...nak tengok feberet saya tak??.

*****

***
**


Talapia goreng berlada...hari2 ini ajer santapan saya..yummyy!!!!!!!!!(picas dari google)

Ikan Sardin

Semalam saya dapat satu email dari sorang kawan opis pasal ikan sardin..emmm...boleh baca n renung2 kan...

 
Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN
Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. A
patah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.


Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwa
h guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.


Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa d
ibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam
 
 
NOTE:TERPULANG PADA MEMASING UNTUK TERIMA ATAU TIDAK DENGAN ARTIKEL KAT ATAS NI~~~JUST FOR SHARING

Tuesday, 1 March 2011

Bila Aisyah bersuara~~~~~~~

Scene kat kedai VCD

Aisyah dok belek2 cd cartoon yang ada..As usual mesti tengok cd barney..Sebelum ni kalau nampak je CD Barney mesti nak beli..tapi malam tadi lain macam lak gayanya..just belek2 sambil mulutnya sibuk membebel..
Abah yang baik hati terus offer Aisyah beli CD Barney..Ummi plak sound kat abah..tak payah beli lah dah banyak CD Barney kat rumah..

Aisyah yang dok tengok kami berdua ni ~~sorang suruh beli, sorang lagi tak kasik beli..terus sound ..

"Tak payah la beli" hahha....terperanjat abah ngan ummi..ingatkan dia nak cakap beli la abah..tergelak2 ummi n abah...terus kami keluar dari kedai tu...rupanya Aisyah dah matang sekarang ni yek ...tak perlu bazir2 nak beli CD lagi kan sayang... hihi..

budak kecik yang berjiwa besar~~~pra konvo~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails