Thursday 27 May 2010

@ Gambar berbicara

Agak pelik cket tajuk entri kali ni..ummi percaya gambar pon boleh berbicara sbb tu ummi tak kasi komen pape untuk picas kali ni.. n Ummi saje letakkan gambar2 ni sambungan dari entri bulan lepas..layannn jer picas kami bertiga time bersantai di Tasik Uniten.. ~~hepi viewing~~




































"Keindahan sesuatu bukan terletak pada luarannya sahaja, tapi yang lebih penting keindahan yang dijaga pada dalamannya..Bajailah ia dengan zikir, hiasilah ia dengan selawat dan suburi ia dengan sifat tawadukmu..InsyaAllah."

p/s:Hepi holiday pada semua..Ummi n famili pon bersiap2 nak balik kampung kat Kemamang ni..doakan kami semua selamat sampai n pulang kembali..wassalam...
























Wednesday 26 May 2010

~Hadiah Untuk Aisyah~




Hadiah dari Untie Nila untuk anak dara ummi..Cayang Untie Nila..~maknya takdak ke nila??~ Cantek kan bajunya..baju ni agak besar cket, boleh simpan untuk raya ni.. maybe time tu Aisyah dah besar cket, so bolehlah sarungkan..kalu nak tau untie Nila ni ibu angkat Aisyah..heheh so sekarang dah bertambah ibu angkat Aisyah..sebelum ni Cik Ar yang dok jauh nun di Perlis...untung Aisyah ada 3 ibu kan..heheh

inila untie Nila..ampun ya buk, gambar dicedok dari blog Nila..

p/s: tq so much untie,dapat gaji, nak hadiah lagi...eheheh..





Monday 24 May 2010

Part 2: Sempena Hari Lahir Ummi

Entri kali ni sebenarnya sambungan dari stori haritu, sempena sambutan hari tua ummi, heheh.. ummi tak sempat nak sambung sebelum ni coz banyak sangat kekangan lately..fuhh..macam buzi sangat.Pada hari jadi ummi tu, abah ambik cuti, katanya banyak urusan nak kena setelkan, so ummi sesorang yang pegi keje pagi..Rupanya petang tu abah plan something untuk ummi, heheh..abah nak masak special..pasal tu dia sanggup ambik cuti hahah~boleh caya ke ni??~tapi plan abah tak menjadi disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan~abah cakap~ so,abah agak ralat jugak coz tak dapat masakkan 'something special' tu huhu..(abah hutang ngan ummi nak masakkan lamb chop satu masa dulu,ingat tak lagi??).
Lepas abah ambik Aisyah n ambik ummi kat opis dalam keadaan hujan yang sangat lebat masa tu, abah melencong ke satu tempat yang dulu ummi pernah nak pergi~Restoran Saba'~.Restoran nasi Arab..masa kami pergi petang tu, susah sangat nak dapat parking, rasenya lebih 5 kalii tawaf baru dapat park..huish berpeluh2 dah..nak masuk ke restoran tu terpaksa redah hujan lebat plak..kesian Aisyah n abah sanggup gak dalam hujan2 demi raikan orang kesayangan mereka (perasan lak).Ummi dah basah, Aisyah plak sempat berpayung pakai paper.

Terharu ummi dengan apa yang abah n Aisyah buat petang tu, yela.. dengan berhujan camtu padahal ummi dah cakap tak payah, lain kali boleh jer, tapi abah cakap, takpe..dah lama dia nak bawak kat restoran nasi Arab tu, tapi tak berkesempatan..huhu..thanx alot my dear.

Dan ni pape picas yang sempat diambil, dalam keadaan yang agak kesejukan sebab kena hujan~Aisyah jer yang selamat~.


Aisyah n ummi tengah pilih menu..tak retilah nak makan ape..hentam ajerla..janji boleh isi perut..:)


Ummi yang kepenatan, n Aisyah masa ni ummi tatau dia menangis or tengah mencebik(merajuk), rasenya petang tu dia ok jer..hahah



Dapat air mineral, tak hingat..(Aisyah sangat suka minum iar kosong)


Pandang ape tu yang??


Muka dah ceria cket, menu ummi dah sampai, roasted chicken n lemon juice.Aisyah punya kentang goreng.


my luvly husband baru lepas survey dessert.


Air yang abah pilih~babrican~agak pelik kan!tapi rasenya not bad..



Ni lah roasted chicken~isinya dah kena usik,heheh~..first time makan tanpa kuah..erkk..



hahha..abah bermata kuyu, mesti sebb kesejukan kena hujan kan..


Aisyah berselera makan nasi Arab, ummi tak bape sangat, sbb takde kuah, macam pelik jer.Tapi nasinya memang ummppp!!!


Ummi nak kentang Aisyah la,bley??heheh..



Interaksi mak n anak..Hanya kami jer yang paham..Abah dari awal jd jurufoto as usual..heheh~jangan marah bah~


perebutan belaku di situ kekeke...



Abah ni asik ambik gambar je jomle makan sekali..



Abah cakap " takpe tengok muka ayang jer dah kenyang" hahah yolo ko??





menu abah lak, grill chicken(betol2 dok depan Aisyah)..ish macam best jer ummi tengok..heheh


Ummi, jom kita makan yang abah punya nak??abah dah kenyang tengok ummi kan??hahah..ummi bereh jer..

Alamak!!baru nak pow, abah dah tarik nasi dia..takdak peluang daa ummi..


Sekian cerita untuk haritu, terima kasih buat suami dan anakku..Luv u all so much..

p/s:Restoran Saba' agak femes di Cyberjaya, boleh try makan kat situ..sape yang suka dngan selera Arab memng kena sangat, ~customer pon macam2 ada, rase macam berada kat oversea jer~ :P

Friday 21 May 2010

Tag dari Nieyla Nadia

Harini ummi nak bayar hutang tag dari kawan ummi, makcik nieyla nadia yang comel...

1.Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Apa nak buat yek??no idea la makcik nieyla sbb tak pernah kena tikam lagi so far..

2.6 orang di hati anda?
Semestinya my family:-my sporting husband, my bucuk2 cayang Aisyah, my beloved mum, adik beradik saya (10 orang tau) n famili mertua...sayang sangat uols.

3.Anda rasa anda comel?
Camner nak jawab ni??takut jadik minah perasan lak..emm ikhlas dari hatiku..daku hanya insan biasa..tak comel n tak buruk sangat..sedang2 ajer~macam lirik lagu lak~

4.Single or taken?
Already married ya'..

5.Blog yang anda suka?
Blog yang saya mula2 terjah iaitu empunya blog bicara hati n ibu arifa(my old friend) dan juga sume blog kekawan ku..takleh nak list, banyak sangat daa..

6.Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Sangat kemas..heheh coz kami bertiga tido kat hall hahah ~~3 bilik kami hanya hiasan semata2.

7.Lagu terakhir yang anda dengar?
Fantasia Bulan Madu~ada budak opis yang tengah test sore jap tadi~not bad

8.Last text massage?
dari adikku: nak tumpang balik kampung jumaat ni.

9.Last phone call?
dari makcik nieyla tanya pasal nak edit background blog

10.Hari terakhir anda menangis?
dah tak ingat coz dah lame sangat tak menangis..rasenya tahun lepas kot
`tapi kalu dah nangis, Aisyah pon boleh kalah heheh~
11.List lima kaler favourite anda
hijau,putih,pink,purple n blue

12.Orang terakhir anda ber YM
dah lame tak berYM huhu

13.Game paling anda suka
takdak..mase zaman study dulu suka main drug pill hahah memang betol2 drug

14.Adakah anda peminat MCR?
no..

15.Apa perasaan anda jawab tag ni?
biaso jo..makcik nieyla kasi, so kita jawab jela.

16.Anda rasa tag ni best?
ok jugak, latihan untuk menjawab soklan pekse..heheh

Sekian, 16 soalan subjektif dah berjaya dijawab..
***Makcik Nieyla jangan lupa kasi mark ya'

so pasni ummi nak pass tag ni kat kekawan ummi yang comel2,siapa yang kena??

1.Nadiah
2.Ibu Arifa
3.Kak SZ
4.Kak Asha
5.Kak Ann
6.Leily
7.Nureen
8.Lily@mummyqistina
9.lily azliyana @ mama zara
10.Kak Siti
N pada kawan2 ummi yang lelain, jangan segan silu, amik tag ni...Ummi tak sempat nak listkan sume coz dah nak balik rumah..sori ya'..bai bai..

Monday 17 May 2010

Keranamu Abg Upin & Ipin

Aktiviti kami weekend lepas (hari Ahad),kami tiga beranak buat sesi lawatan ke Putrajaya semata-mata nak jumpa Abang Upin & Ipin ..Kebetulan 2 hari sebelum tu, abah Aisyah g isi minyak kat Petronas dan ternampak flyers tentang Jom Heboh..so abah ambik satu dan bawak masuk kereta..Before ni abah n ummi memang tak pernah skali pun singgah kat jomheboh ni ~~malas nak bersesak2 ngan orang tambah cuaca yang panas lagi~~Bila Aisyah dapat je flyers tu,terus dia sebut Ipin2..agak konfius ummi apa yang dia nampak kat flyers tu coz ummi belum tgk betul2 lagi.Rupa2nya Aisyah nampak promosi feberet kartun dia~ Upin & Ipin~ kat situ~~patut dia excited semacam je~~. Sampai kat rumah, dia asik pegang flyers tu dan tunjuk gambar Upin & Ipin..Kesian plak tgk gelagat Aisyah, so ummi n abah decide nak g jom heboh buat pertama kali nya dalam hidup kami semata2 nak tgk Upin & Ipin, Aisyah punya pasal..No hal lah..kerana Aisyah papepun takpe asal lagi tak melanggar batas2 agama..heheh~bersyarah lak ummi~..n saksikan our journey yang penuh liku2 kehidupan untuk berjumpa dengan Upin & Ipin hahah.. ~~gambar diedit khas oleh abah~tema upin & ipin


***


**

*





Ni reaksi pertama Aisyah masa mula2 naik bas,dia agak cuak n mula nak menangis..hahha semua org dok tengok kat Aisyah yang menjerit2 ketakutan ~jgn dorang cakap maknya dera udah~.Kami sengaja gunakan park n ride untuk elakkan trafic jam kat Putrajaya.


28


Aisyah masih lagi dipujuk oleh ummi n abahnya..tengok agak tak comel muka Aisyah bila ketakutan camtu.. kami dok gelak jer tengok mulut muncung Aisyah yang agak cuak,,hahah




Abah baik hati orangnya, seat abah dah diambil alih sorang akak yang ada anak kecil.Abah dengan rela hati kan abah..kesian kat kakak tu yang dokong anak dia sebaya Aisyah jugak..tengok Aisyah tu, kawan dia nak salam dia boleh tengok jer..trauma naik bas blum ilang la tu..



Sampai@ je tengok kemunculan Shinchan hahah..versi Malaysia pakai seluar senteng n kurus jer..Aisyah macam kagum n takut2..tapi still nak berposing lagi


Ummi yang over..Aisyah rilex jer..sabau je jela



Terpaksa dokong je Aisyah coz dia masih lagi cuak ngan bas tadi kot..senyuman tak ikhlas dari Aisyah.


Cuaca yang amat panas hari tu memaksa semua orang jadi bak puteri lilin~berpayung sepanjang masa~


Kami bertiga.Pic taken by staff tv9.Aisyah masih eksen dengan spek besonya, ummi nak tanggalkan dia tak kasik..


Aisyah macam dah penat jer menunggu..upin & ipin blum muncul lagi..


Awat lak nangis tu yang..tadi ok jer..


Aisyah dah ok..kasi can kat abah lak pose..asik ummi jer mane aci kan.



Excitednya abah dapat jupe Shinchan, katun feberet masa abah bujang2 dulu..sekarang takdah coz ummi tak kasi tengok heheh..


Yes!!ummi dapat hadiah dari tv9~~buku note~.heheh peserta pertama yang dapat jawab soklan kuiz..saingannya budak2 kecik hahah~ummi wakil bagi Aisyah~hepi tol ummi..



Apa yang ralik sangat tu??..ooo..upin & ipin dah kuar ropenya..Aisyah..tangannya mesti nak masuk kat mulut..ish ish


Ni la Upin..ramai tol yang nak bergambar termasuk lah kami kelaka lak bila diingat balik..

Aisyah puas hati dapat tengok upin dekat2 hahah..siap bersalam tu cek mek ni


Wah..kan main lagi,siap give 5 lagi tur.~nampak cket jer tangan Aisyah~


Upin & Ipin


Aisyah dah hepi sekarang..mana tak hepinya dapat jupe Upin & Ipin kan..

With Staff ntv7


Aisyah dah kelaparan..ummi n abah pon sama.jom maman dulu..



layan jer pic tengah tunggu order sampai


hahah..abah Aisyah kena makeup~~ni salah satu cara orang buat promotion~husband saya pon dia tarik(tak patut)..
1

jangan jampi my husband sudah...Pukul 2.30 petang ktrg dah berangkat pulang, coz cuaca sangat panas..kesian lak tengok Aisyah time dia nak tido dah ni.Time balik naik bas, dia dah ok, tak takut2 lagi..caya lah Aisyah..Siap terlentok lagi atas riba ummi, mengantuk sangat lah tu..













LinkWithin

Related Posts with Thumbnails